Pagi ni sunyi je. Saya memulakan tahun baru dengan membuat kek keju. Anak-anak suka kek ini. Terimakasih kepada Suraya Yusof Denmark kerana mengenalkan saya dengan kek ini. Su sangat rajin memasak. Tenguklah blog beliau http://suejoshua.blogspot.com/ |
Gambar kek ni tak berapa cantik. Lapisan bawah tu nampak kurang rata. |
KEK KEJU
10 keping biskut digestive/biskut marie
40 gm mentega cair
250 g cream cheese
200 ml fresh cream
2 sudu besar jus lemon
3 sudu besar tepung gandum
90 g gula
2 telur
Panaskan oven 170'
Hancurkan biskut.Masukkan mentega cair dalam loyang. letak biskut, tekan hingga padat.
Masukkan cream cheese, fresh cream, jus lemon, tepung gandum dalam mixer. Pukul hingga jadi cream.
Tuang dalam loyang tadi. Saya campurkan sedikit jem blackbery . Tutup loyang dengan almunium..
Bakar 40 minit.
Sejukkan.
Rasanya sangatlah sedap!. Hehe kalau di Secret Resepi mau RM 65.00!
Selamat mencuba.....
7 comments:
Assalamualaikum Mama Ju
mintak sikit boleh..
he he
Wassalam
assalamualaikum... salam ukhwah...
mama ita dtg ni sedapnyer kek keju.... ita follow mama dan link sekali ye...
Terima kasih kerana sudi mencuba resepi dari Sue. Mama maybe lapisan bawah kek keju tu kurang padat dan kena tekan hingga betul2 padat, apapun Sue pasti rasanya tetap sedap tu :D
sedapnya kek keju, slmat tahun baru ya
Salam Mama,
Rupa tak penting,yg pasti rasanya sure besttt..
Lagi best kalau saya dpt merasa...nyummmmm
Wsalam
assalamualaikum..pos la kat cini cikit heheheh
salam mama : pernah tgk cara membuat cheese kek ni kat tv. simple sgtkan... bile mama nak wat tuk sy plak?
Post a Comment