Saya memang berangan-angan nak ke Segamat sempena pelancaran buku Travelog Cinta Abadi karya Puan Roza isteri kepada Prof Mohd Kamil. Kebetulan adik saya tinggal di Segamat. Saya juga teringin memenuhi ajakannya ke Al Raudhah!
Tapi ia hanya angan-angan saja...ada perkara lain yang perlu diurus sebelum itu di KL....
Selain dari dua orang idola saya tu, saya juga ingin menemui Sdr Suhaimi Mior Hassan. Sungguh tak disangka Sdr Suhaimi muncul di sini!
Teringat-ingat zaman muda-muda dahulu kami begitu'gila' dengan lagu Suhaimi. Lagu'Epilog Cinta dari Bromley' masih lekat sehingga sekarang.
Masa berlalu.
Saya membaca biodata Sdr Suhaimi Mior Hassan. Beliau bermula sebagai jurutera radar.
Aslkm Prof.
Terimakasih kerana gambar2 yg tertera.
Seronoknya dapat menjalinkan silatulrahim sesama….
Komen sikit…. Gambar sdr Suhaimi sikit sangatlah…
Entah bila saya dapat bersua tuan dan Roza….
Ya Allah ampuni dosa kami semua. Amin.
Khusus buat mamaju