Rasa bersalah pun ada kerana tiada sambutan istimewa untuk hari jadi ayah. Saya hanya menyediakan kek yang saya letak bunga-bunga di atasnya. Ayah makan kek ini tanpa komen....Seronoknya jika adik beradik suami ada di sini....
Pagi Ahad itu kami bawa bersiar-siar keliling bandar Putra Permai. Ayah memang suka berjalan walaupun ayah tak tahu dibawa ke mana....bila ayah kata ayah nampak pagar-pagar di tepi jalanraya tu kami kira ayah menghargai juga perjalanan ini. Kami singgah ke gerai yang menjual makanan Kelantan. Seronok dapat beli kuih-kuih dan makanan kelantan. Hari ni mood ayah baik, ayah membenarkan kuku kakinya dibersihkan...
Balik dari bersiar-siar kami perdengarkan ayah bacaan Quran..ayah seronok sambil mengikut bacaan Qari Arab tu. Akhirnya Ayah terlena. Tenguk tu terlena tapi macam nak azan je...
Ayah lagi seronok bila kami buka Skype. Ayah dapat bercakap dengan anak bungsunya Ramzan..ingat pulak ayah kat Ramzan...zaee,zaee ayah panggil. Bila kami tanya Adnan ada jumpa tak..ayah kata ayah lama tak jumpa dia, dia duduk di Kuala Lumpur!( Selama ini ayah memang ingat ayah masih tinggal di Beris Kubor Besar, Kelantan!)
14 comments:
salam
dear mama
alhamdulillah.. kaseh seorang menantu..... semoga ayah semakin sihat...
ayah nampak gembira.. mak muda pun sama.... pakcik pun.. semoga mama dan keluarga mama terus bahagia.. insyaallah
doakan azie mama...
salam from Makkah...
menitis airmata cl bila membaca dn melihat ayah mama.....
teringat akan ayah cl' disana'..
Jutaan terimakasih pada mamaju dan suami kerana menjaga ayah dng baikkk...
waslam
Asalammualaikom mama ju. Allhamdullah...seronok lihat gambar2 tu...seronok juga dapat mencerikan hati kedua org tua yang masih ada.
MI doa kan semoga semua selalu ceria dan peroleh kesihatan yang baik.
Salam
salam mama ju,
semoga mama ju & famili dirahmati Allah SWT..berkat berbuat baik kepada orang2 tua, apatah lagi bapa mertua!!
salam mama ju
alhamdulillah, membahagiakan kedua ibu bapa termasuk ibu bapa mertua sangat besar ganjarannya di sisi Allah
salam mama,
paling suka bila tengok ayah mama senyum..nmpak cerianya dia dgn kasih sayg dan sokongan dari fmily . Selamt hari ulangtahun pakchik, semuga ALLAH berikan nikmat kesihatan dan kesempurnaan dlm ibdat. bertuah dapat anak menantu yg very supportive:)
mama..rindunya ain pada ayah...muga tenang dan bahagia disana.amin
salam, mama
Tak pernah rasa kasih ayah mertua sebab masa kawin dia dah tiada....namun setiap kali lepas solat dan juga malam 27 ramadhan saya akan doakan dia ...istimewa dapat buat tahlil malam dia meninggal...malam 27 ramadhan..mudah-mudahan kasih sayang dapat dibina dengan cara tuh...insyallah berserah pada Allah
semoga ayahanda sentiasa sihat walafiat
Salam Mama Ju,
Begitu berbahagia kerana dapat menjaga bapa mertua sebegitu baik. Semoga menjadi ikutan kepada yang lain.
Alhamdulillah
salam mama..
sedih..teringat kat atuk..
assalamu'alaikum,
ju,
saya ada hantar email..hajat :)
salam mama jue..silent reader..
semoga ayhanda mama sentiasa sihat
Post a Comment