Gambar2 ni saya ambil petang semalam di sekitar rumah. Walaupun tanah di sini gersang tapi mau juga hidup. Di atas tu segugus limau purut. Lebat betul!
Pokok pisang ni kegemaran monyet2. Nak masak nanti biasanya dia datang! Tengok , pisang berangan tu cuma ada tiga sikat je....
Hutan dara di belakang rumah. Bangun pagi seronok dengar bunyi ala-ala hutan. Cuma kena hati-hati sikit..monyet kalau lapar dia akan masuk dalam rumah! Adalah 2,3 kali monyet datang...monyet datang ikut tangga..kemudian turun ke dapur,ambil beberapa telor...bawa naik tangga lagi..akhirnya makan kat pintu...tapi yang kerap dia makan buah. Harap dia boleh jadi kawan!(?)
7 comments:
salam mama
suka cm tengok hasil tanaman mamajue tu,wp tanahnya gersang tangan yg menanam tu sejuk..
salam kak JU...
ummi minat tengok suasana gitu ,tp dkt rumah ummi hampeh , gersang dgn tanaman , semua tanah dah tertutup dgn simen .
suka tengok wakaf tu . damai
salam mamaju..
subur juga pokok yg mamju dan habby tanam ina kalau beli pokok bunga kak tahan seminggu je pastu layu...
Best juga rupanya rumah mama ju di sebalik pagar kayu tu...dulu masa hantar nabil selalu tak nampak kat dalam....tertanya-tanya juga macam mana pemandangan kat dalam tu.
Salam mamaju,
Banyak tanaman, subur jugak, berbudi pada tanah ye mamaju, akak macam azlina tak berapa jadi menanam ni, kecewa selalu.
Sejuk mata kalau rumah banyak tanaman kan.
salam mama ju
suasana hijau di sekeliling rumah menenangkan jiwa, cuma perlu byk masa nak maintain
Salam Mama
cuantiknya...rajian akak jaga keliling rumah.saya ni je yang tak 'cantik'kan keliling rumah...masa ada pembantu dulu,pembantu yang suka tanam pelbagai jenis pokok ulam dan herba.Berbudi pada tanah tak rugi kan kak?
Post a Comment