Thursday, February 25, 2010

SECUBIT CERITA DARI SYED AZHAR

Malam 23 hb Februari 2010

Dia baru saja menjalankan tugas di Depoh Tahanan I.. di KLIA. Selalunya dia keluar makan bersama kawan-kawan. Malam ni dengan proton saganya dia keluar sorang untuk makan malam. Memandu lajukah dia? Di satu jalan tiba-tiba sebuah Pajero membuat pusingan U di tempat yang tak sepatutnya....lalu proton saga tadi melanggar Pajero....

Olehkerana dia berpakaian seragam, senanglah orangramai nak membuat rujukan tempat di mana dia berkerja. Kawan-kawan datang membantu, mengeluarkannya , memangkunya....tapi dengar cerita dia dah pergi....

Mereka membawa dia ke Hospital Serdang. Keluarga dihubungi....ibunya sedang membuat kuih, agak banyak juga , seratus lebih...(Kak Siti buat frozen kuih untuk jualan). Mereka terperanjat apabila mendapat berita dia dah tak ada. Kak Siti tak faham apa yang suami beliau beritahu....

Lama proses di Hospital Serdang tu. Kawan-kawan menyerahkan barang-barang yang ada dalam kereta kepada keluarga. Ada helicopter, kereta control , barang2 paintball. Macam2 juga yang dia minat. Dia juga ada motor besar.. Dalam kereta tu ada juga pistol yang digunakan untuk tugasan.

Ibu dan ayahnya menunggu dia dengan sabar di Hospital tu. Satu permintaan ibu dan ayah... mereka berbincang dengan ustaz untuk sama-sama memandikan dia...''Aaa.masa kecil dulu ayah mandikan Aaa, sekarang ni pun ayah mandikan Aaa..''Sedihnya saya mendengar kisah ni dari mulut ayahnya.

Menurut ibunya dia adalah penderma organ tapi tak tau kisah selanjutnya...

Keluarga menerima ketentuan ini. Selepas Zohor dia dikebumi di Sungai Buluh.

Malam majlis tahlil diadakan di Surau berdekatan. Kawan-kawan terus datang ke rumah. Kawan-kawan juga membaca tahlil di sini. Kawan-kawan sekolah masa di Teknik pun datang...memang dia seorang yang suka berkawan...

Kawan-kawan bercerita...13 hb Februari 2010 dia ada menulis dalam facebook minta maaf pada semua orang..selepas tu dia tak menulis lagi.( Sebenarnya selepas itu dia menyerahkan pcnya kepada adiknya, pc adiknya sh. Nabilah rosak...)

Itulah sekelumit cerita. Maaf kalau saya terlebih cerita.

Al Fatihah.

10 comments:

Unknown said...

salam ..
al fatihah buat arwah dan semuga rohnya di tempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman.

CM said...

salam mama

moga Allah merahmati rohnya..sedihh sungguh saya,Allah menyayanginya..

Atikah said...

Salam mama...

Salam takziah untuk keluarga arwah...
Al-fatihah.. semoga rohnya ditempatka dikalangan para solihin...

rezeki said...

salam mama ju

berat nata memandang, berat lagi bahu memikul, namun itu semua suratan takdir, semoga keluarganya tabah dan juga semoga roh allahyarham bersemadi dengan aman dan damai dan ditempatkan dikalangan org2 yang beriman dan beramal soleh

al fatihah

Ayah Zain said...

Salam Mama JU,

sedih pulak baca n3 ini. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya dan takziah kepada keluarga Allahyarham

Kak Sidah said...

Salam Mamaju,

Semoga ronya dicucuri rahmat, salam takziah pada sepupu mamaju dan juga mamaju, Harap bersabar dengan ketentuan ilahi ini.Muda dah dipanggil, Allah menyanyangi allahyarham..alfatihah...

azlina said...

al-fatihah buah aruah semuga di cucuri rahmat ke ats rohnya dan di tempatkan di kalangan orang2 yg beriman...takziah kepada semua ahli keluarga semuga tabah dan redha menghadapi kehilangan insan tersayang..

btw kak bukan membayangkan masa hadapan sekadar megimpikan jikalau lah dapat merasai sedemikian..

kak terima kasih sudi ziarah blog wbs deco online...trm kasih ats sokongan dari akk yg tdk kunjung padam ats apa jua yg ina lakukan...ina benar terharu terhadap keiklasan akk...terima kasih kak..

KAMATO said...

semua yang hidup tetap akan pergi cuma masa yang kita tak duga, mogan roh kawan itu ditempatkan bersama bersama orang yang beriman

ainhany said...

salam mama..

ohhbegitu kisahnya...
hai bagaikan dia tahu detik terakhirnya..kemaafan jua dipintanya..
semuga roh almarhum mendapat tempat disisiNYA.AL FATIHAH

mmbayangkan detik terakhir diri sendiri..sapakah yg bakal memandikan, mengkafankan....
semuga dipermudahkan urusan kita...

Khailash The Brazo Izquierda of Tenken said...

saya diantara kawan arwah yang datang ziarah arwah pada tahlil di surau dan di rumahnya..sy juga kawan sekelas arwah masa tingkatan 3. benar, kehilangan arwah sangat mengejutkan..tp apakan daya Allah lebih menyayangi dia..semoga Allah merahmati dan mencucuri roh arwah..