Sekonyongkonyongnya kita semua suka nasi ala Arab gara-gara PDKM!
Sebenarnya saya baru nak bermula.....Mula berminat dengan nasi Mandy bila Proffesor Kamil kata nasi Mandy di Restoran Rawsha adalah nasi Mandy yang paling sedap pernah beliau rasa! Ini ditambah lagi dengan cerita CL dari Hotel Safwah ..fasal nasi Mandy juga...
Restoran Rawsha ni beralamat di no 78, Jalan Damai off Jalan Ampang. Ia di namakan rawsha sempena dengan legenda Rawsha Rock di Beirut, Lubnan. Batu tersebut terletak di tengah laut dengan ketinggian 60 meter. Terdapat lubang untuk dijadikan laluan di tengah batu tersebut. Agaknya sebab tu batu tu famous!
Pemilik restoran Sharifah Zainab Syed Ahmad berkata makanan di sini adalah makanan exotic Lebanese.
Di sini yang famous tentulah nasi Mandy! Apa tu Mandy? Mandy ialah sejenis beras basmathi bermutu tinggi. RM 10 sekilo di import dari Dubai. Nasi Mandy dimasak dalam periuk besar yang dimasukkan dalam lubang tanah sedalam empat kaki. Dagingnya pula diperap dan dimasak menggunakan cara wap dalam periuk di bawah tanah menggunakan bara api.
Lamb Mandy RM 22
Komen orangramai...nasib-nasiblah dapat service memuaskan ketika orang ramai. Ada yang menunggu berjam baru makanan datang, ada yang menunggu 15 minit menanti waiter datang...ada yang melambai-lambai tangan ke arah waiter tapi waiter angkat tangan dan tak datang-datang! Mungkin kerana orang ramai nak makan di waktu puncak, lebih-lebih lagi dikatakan restoran ini boleh memuatkan 400 orang dalam satu masa!
Satu lagi Restoran Arab yang jadi kegilaan sekarang ialah Restoran AlJazerra baralamat di Blok 4801, CBD Perdana, Cyberjaya. Restoran ni kepunyaan Farah dan Wadhah Haitham. Farah mencadangkan menu Ayam/kambing Matbi berserta sos dan cili ala Arab. Juga Nasi Lamb Madghut.
Komen orang ramai....ada yang bagi lima bintang! Ramai yang seronok kerana harganya berpatutan.
Kenapa orang ramai suka Barbican ni? Satu RM 3.
Satu lagi antara yang digemari juga Restoran Saba, dekat-dekat Restoran Aljazera jugak. Hari Sabtu dan Ahad dibuka pada jam 1 th. Antara yang sedap Grill chicken RM 8, Lamb Kabash RM 15. Biasanya orangramai menempah meja dulu.. Ini Restoran Yaman.
11 comments:
waah mnarik.
nk pergilah.
saya nak ambik alamat kedai ni...tentunya sangat sedap!
hmm dah boleh..
ptg semalam masa mama baru je tukar cat rumah baru, CP byk kali nak komen tak boleh..
ni dah boleh lak..
salam kak Ju..
he he he baru balik umah Sonata , kisah suruh turunkan berat badan .
tup tup singgah kak sini suruh kita pi makan lak , jgn tak caya , ummi ni pantang ditunjuk kedai makan .
kak Ju , waktu org tak ramai , bila ek ? ummi cedok alamat dia dulu nk save dlm pijat si abihanan tuh . he he he
salam mama ju
pernah sekali makan kat rawsa ni, cuma satu je , org terlalu ramai , jadi servis dia lambat sikit, then nak parking keta punyalah azab he he
cantik umah baru mama ju ni
salam mama
terimakasih atas info
nak maasuk tapi takut tak taw nak 0rder ape...dgn info mama nie tak ler terbeliak mata bila mengorder nanti...
bila mama nak pi rawsa lagi???
nak join nieeee....heheh
salam mama ju,
hah..baru boleh komen! kak nab "minat" dengan gambar2 yang dipaparkan...adus! ya ummi...
Salam Kak Ju.
Saya dan Isteri juga penggila Makanan Arab. Ada satu lagi tempat yg lebih bagus dari al-Rawsha, iaitu al-Dhiyafah. Lokasinya dekat dengan Hotel Seri Petaling. Dekat juga dengan Stadium Bukit Jalil. Tapi, awas! harga boleh tahan, lebih mahal dari al-Rawsha. Nasi Mandi dia memang power. Cubalah try achu test tengok......
-Zainul Arifien-
Salam Mamaju,
Akak suka sangat makan kat alrawsha tu,best3..nasi dia nyam2..huh tak terkata sedapnya.
Kak, kalau ada di area Taman Tub Dr Ismail, try la HMK Nasi Arab. Rasa okay dan harga pun okay, dalam Masjid At-Taqwa TTDI KL.
Makanan dkat al waha restaurant kg baru pun sedap jugak. Nasi mandy ayam rm10 je. Murah n yg pntg sgt sedap. X igt alamat tp no telepon owner 0122487370. Sebelah belakang menara naza
Post a Comment