Ahad..Hari ini ziarah DARA ISABEL(baca dengan slanga Mat Saleh!).Dara tinggal sementara di rumah datuknya di Lanchong Jaya, Seksyen 26 di Shah Alam.Masa mula-mula bersua muka dia menangis..tapi bila disuakan dengan kamera terus wajahnya ceria dan mahu menghampiri kita..Macam-macam posing pulak yang dia buat...
Dara berusia tiga tahun, ibunya Rahayu dan bapanya Imran orang Perancis( Bukan Imran Paris tau). Ibubapanya bertemu ketika berkhidmat di Jeddah. Ayu seorang Jururawat dan Imran seorang Jurutera.
Sekarang ni mereka masih menetap di Jeddah. Mereka berada di sini kerana Ayu inginkan anak keduanya yang bakal lahir menjadi warganegara Malaysia. Mudah-mudahan Ayu selamat menjalani pembedahan untuk anak kedua mereka...
Semasa ketibaan saya Imran sibuk bertukang...nampak dia tak kekok duduk di alam melayu. Dia boleh makan makanan melayu (kecuali durian), boleh bersarapan pagi dengan nasi. Imran juga boleh berbual mesra dengan sesiapa sahaja.
Rahayu bercakap dengan anaknya dalam bahasa melayu, suaminya menggunakan pula bahasa Perancis. Dara memahami bahasa melayu dan perancis tapi menggunakan bahasa inggeris untuk percakapan...
Rahayu bercakap dengan anaknya dalam bahasa melayu, suaminya menggunakan pula bahasa Perancis. Dara memahami bahasa melayu dan perancis tapi menggunakan bahasa inggeris untuk percakapan...
6 comments:
Salam mamaju
ikan di laut, asam di darat
problem la, ni kali ketiga cuba masuk.
Salam,
Tahniah kpd ibunya kerana mampu memelayukan suaminya.
salam buat tuan umah...
tomeynyer pic adik tu...
comelnya anak dara ni
Salam kenal MAMA JU... terimakasih menyinggah.. Saya membalas kunjungan...:D
hye auntie.
waaa..bestnyer...cute la =)
jadi nurse jumpe jodoh dgn org perancis..
camnie afie nak jadik doktor la....hihi =P
Post a Comment