Ah seronoknya naik benda ni lagi.Kami bertolak jam lima pagi dan berlepas jam 7.45 pagi.Makan nasi lemak didalamnya,,tunggu sebentar dan sampai! Selamat datang ke Kelantan!Saya lihat ada pembaharuan pada badan AA..ada lukisan Dato Lat..antaranya ada gambar orang bermain skateboard dengan pakaian asli Sarawak....
Sudah menanti cucu saudara Izzah(dia gelarkan diri dia Adik Manis!) dan Ehsan bersama bapanya.Terimakasih Ustaz Rajib dan Najwa! Sejak akhir-akhir ni kereta beliaulah yang kami pakai setibanya di sana....
Kami dijamu dengan sarapan pagi...susah-susah je Najwa!Dari sini kami terus ke rumah ayah kira-kira setengah jam perjalanan.Budak-budak ni ikut sama...
Kami dikejutkan dengan kematian saudara kami..suami turut berziarah.
Kami teruskan perjalanan ke Hospital USM di Kubang Kerian untuk menemui adik ipar Ustazah Razinah ynag selamat menjalani pembedahan.
Petang kami ke Pizzahunt..seronok melihat budak-budak kecil kelamkabut makan...Yang tersenyum tu Imtiaz. Walaupun dia baru darjah satu..dia pandai arahkan ibunya memakai tudung bila ada orang lelaki datang!!Tapi dia tak faham lagi...yang datang ni pakcik ibunya!
Kami ke hospital dua kali. Balik ke rumah ayah sekali lagi. Selepas tu kami ke pasar Khadijah dan ke pasar lama.Kami lupa bila lewat petang gerai-gerai di sini ditutup!
Selepas bersembahyang di rumah Najwa,kami terus ke airport di Pengkalan Chepa.Airport ni tak jauh dari rumah Najwa.Di sini sedia menunggu sepupu suami Ustaz Zawawi dan Ustazah! Kami makan-makan sehinggalah kedengaran suara memanggil-manggil kami....
11 comments:
salam mama ju...
wow dah sampai ke Kelantan , zaman sekarang perjalanan sebegitu jauh pun dah jadi macam pergi kedai dkt rumah saja kan ,masyaAllah macam2 aktiviti sempat mama ju buat dlm satu hari .
mama ju tak jumpa CL ka kt sana? he he he
salam...balik kelantan ada sedara meningal ke..Innalillahi wa innalilahirojiun..
Salam Mamaju,
Amboi! balik kelantan tak bgtau wan pun. Tak bawak balik jala emas ke? Tak pun tahi itik, bunga tanjung ke? Budu? Budu ada? Sedap ni cicah timun ka, petai ka ngan nasi panas-panas. Yum!yum!
salam mamaju...
alhamdulillah di beri Allah kesempatan melawat saudara mara walaupun sebentar..
salam..
alahai mama..masa asal kelantan??
alahai kalau mama tahu mama balik pasti boleh kita jumpa...(-_-)
mama nie email aize
azie_6873@yahoo.com
nanti email azie yer.. boleh berkenalan dengan lebih dekat lagi
salam mama ju...
decaupage tisu itu ina buat sendiri..material beli di air tawar perak..tisu decaupage beli daripada razna..
salam mama ju...
mana ctknya kak tgn keras ina tgk dkt2 x ctkpun dlm gmbr je lawa sb lampu lip lap lip lap..he..he.. tisu akk blh beli pada razna atau affeen dua2 jual tisu lawa2 ina rasa link blog affeen akk ada kan ini link blog razna..http://blog.raznacreation.com/
selamat mendecaupage yea kak..good luck..
salam Mamaju..buat apa tu...wah mamaju pun jalan jalan cari makan juga ya.
salam mamaju, mujur ada every body can fly, senang sikit nak balik mengejut
Salam Mama Ju
subhanallah panjangnya usia FIL Mama Ju
takziah ya atas pemegian saudara mama ju
Salam Mama Ju,
Jarak bukan jadi isu sekarang ni kan...kalau mahu, pasti diusahakan, lebih lagi mengeratkan silaturrahim...
badan pun tak letih...perjalanan pun cepat dan selamat insyaAllah...
Post a Comment