Wednesday, December 23, 2009
LELAKI ITU- Azlie
Lelaki itu pun berlalu...
Tuan Haji dan suami
Anak Pn.Presiden.
Kami berjanji berjumpa jam 8.45 malam 22.12.2009 Selasa di Denai Alam. Jam 8.50 malam tiba-tiba je hujan turun dengan lebatnya...jadike dia datang?
Ketika saya leka di dapur...suami saya dah menyambut ketibaannya. Suami saya pegang payung tapi tak pasti untuk dia atau untuk tetamu seorang lagi..
Saya memberi salam.Malu juga kat Tuan Haji ni...sambil memperkenalkan suami saya...lupa pulak nak kenalkan diri..
Orangnya nampak sopan,tertib,bercakap dengan nada lembut dan banyak memuji....saya takut juga saya terlepas cakap....
Saya buatlah juga serba sedikit juadah. Kami makan malam bersama.Macam-macam yang kami bualkan.Nampaknya suami saya boleh berbual selesa dengan beliau. Perbualan diteruskan lagi selepas makan.Mendengar kisah2 di Mekah dan gelagat orang2 di sana memang menyeronokkan.
Bersama-sama dengan beliau,saya jemput juga Puan Presiden.Beliau kelihatan mesra dan nampak mudah didampingi.Beliau datang dengan anak-anak.Saya rasa selesa berbual denganya dan berharap dapat selalu bertemu beliau.
Terimakasih kepada mereka berdua kerana bersusahpayah memenuhi jemputan saya.TuanHaji sibuk sekali,masanya penuh dengan undangan.Hari ni pun beliau baru balik dari KLCC bertemu rakan blog, Rezeki Dll.Esok ada 2 lagi perjumpaan dengan rakan blog.Tak sampai hati nak tolak katanya...Masa berbual di sini pun ramai yang menelefon...wah ramai peminat!
Puan Presiden pun sibuk...masih ada 150 kertas peperiksaan yang belum ditanda!Tapi demi sebuah janji......
Terimakasih sekali lagi,harap jumpa lain kali.Saya dan Tuan Haji tinggal se taman,Puan Presiden pulak di Taman Mas,Dengkil.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
25 comments:
Salam Mama Ju,
Seronok terima tetamu istimewa dari Mekah, macam2 hidangan disediakan. CM dan anak2 pun ada... Alhamdulillah.
Cantik ID rumah..
Eerimakasih zie,Nanti pergi tak?Tunjuk le blog!
Sibuk sangat sandara azli tu, moga ghatering nanti jadi kenyataan
Best ye mama Ju terima tetamu dari Mekah...saya dulu pernah juga menerima tetamu iaitu mutawif kami semasa di Mekah tetapi dia org Surabaya.
Salam Mama Ju,
Lama kat PDKM, tapi baru pertama kali jejak kat sini, teruja dengan kedatangan tetamu tu, bertuah mama ju dapat tetamu dari Mekah , semoga ikatan persahabatan kekal abadi bila bertemu dialam reality ni, bila pulak kita nak bertemu ye mama ju, seronok kan dari alam maya kealam reality, bertambah lagi kenalan.
Salam KAMATO.
terimakasih masuk blog mama.Mamapun dah ke rumah KAMATO...nanti mama komen..gathering tu pergi ke?cl sibuk tapi cool je..katanya masing2 nak jumpa personal...
Linda.
Cikgu pun ikut blog PDKM juga kan,inilah dia orangnya!Mamaju pun baru first time jumpa.
Insyallah kita jumpa.tapi kat mana nak refer shidah? tak jumpalah email ke,blog ke,facebook...Jawab eek
salam kak ju
terimakasih atas undangan layanan yg cukup mesra dr tuan rumah,moga ukhwah kita berpanjangan..insyaallah.
Salam...Membalas kunjungan mamaJu. Owhhh kawan CIk Lie gak ekk...alhamdulillah.
Mama Ju,
Mama Ju facebook akak norsidah56@yahoo.com.my blog tak de lagi, baru ada frame je, akak malas la nak tulis2 ni, tak pandai nak mulakan. Boleh je talipon akak 013-3946772. Nanti call ye boleh bersembang.
Salam mama ju,
No. Hp tu silap lah yang betul 013-3945772
salam mama ju...
ina selalu juga ke PDKM...x lps membaca setiap n3 cuma tdg tglkan jejak shja...wah kak ju beruntung dpt jumpa ck li nanti gader2 kat setiawangsa akk join tak rasa mcm nak join sekali tapi mungkin tak berkesempatan jauh bangat...
Mama Ju...wahhhhhh hebatnya dpt menjamu En Li yg sentiasa menjadi tetamu Allah tu, tentu berkat. Saya nak sgt bertemu En Li tu, tentu mcm2 cerita yg dikongsikan bersama.
Eh....apa menu Mama, setau saya En Li ni ada gak pantangnya :-) Lg 1, napa tak de gambar Madam Presiden....kekekeke, masih kebal taknak enter frame ke ;-)
Mama cantiklah rumah2 kat Denai Alam, isteri saya mmg suka rumah2 mcm tu esp rumah Sime Darby yg kat Bukit Jelutong tu, nak beli tak mampulah pulak Mama...huhuhuhu, tak pe, tak dpt rumah mcm tu, dpt jd tetamu Mama Ju pun jadilahkan...dah lebih dr bagus.
Salam dr Paris
Salam cikgu Mas.Terimakasih byk2 datang,Satu perjumpaan yg indah,Terimakasih juga susah2 bawak hadiah!
Kakintan,abbotcottage
Terimakasih.sapa kakak sapa adik ni...tak kira lahkan...nanti saya nak cuba resepi2 mcm ayam panggang mayonis tu,trliuk
Salam IP
Sebenarnya Denai Alam tu konon2nya rumah mama,tak sangka pulak lepas tu ada denai Alam sungguh kat Shah Alam.Rumah kami kat Lestari Perdana,sri Kembangan.Dari Putrahjaya 10 mt je..
Sebenarnya rumah mama kecik aje,bukan macam kat bukit Jelutong tu.
CM tu kita fahamlah kalau dia angkat tgn tanda x le tu.Gambar CM utk simpanan saya je.Dah jumpa CM?
Mlm ni CL sibuk dgn sedara pas tu internet dia x boleh guna,,,bye
salam mama ju..
time kasih bkunjung keblog ummi ..
wah seronoknya dapat kunjungan tetamu dr Makkah gitu..
salam mamaju tq tinggalkan jejak kat casa saya, sebagai balasan saya menghadirkan diri ke rumah mamaju pulak. Kalau berkesempatan berjumpalah kita kat gathering tu nanti.
Salam mama ju...
Alhamdulillah...sampai tetamu tu..
CM...kut gambar anak2 jer..nih..hehhe
CL...pantang jumpa noh...sesekali balik Mesia makan puas2...rezeki jgan ditolak...musuh jgan dicarik..kawan jgan dilupa...hehhe
Pssssst mama cheq tak bawak camera hari tuh....huhuhhu...cheq sekeluarga simpan kat memori jar ...menu apa tu mama terliuq tgok depar makan....oops cheq posa arini .
Salam Mamaju,
alhamdulillah, bertuah mamaju dikunjungi insan istimewa itu. Semoga tali silaturahim itu akan berkekalan
salam mamaju...
Jutaan terimakasih atas paparan yang di layar kan dalam blog mama nih...semoga allah swt memebrkati dan melimpahkan rezeki yang murah untuk mamaju sekeluarga atas undangan tersebut...insyalah...
waslam
Salam AZ
Muga berbahagia bersama keluarga.
Terimakasih datang bertandang.
Shami2.Nanti kita jumpa ye.TK
Tuan Haji
Terimakasih banyak-banyak.Muga persaudaraan terus terjalin...hari ni jumpa sapa lak?
Post a Comment