Saturday, December 19, 2009
KLIA-Sabtu 13 hb Dec 2009
Jam 1o malam, saya sekeluarga ke KLIA untuk menghantar adik bongsu saya balik bekerja di lautan Nigeria...Selepas mendaftar kami lepak2 di McD. Banyak cerita yang kami bualkan.
Amin seorang yang adventure!Macam2 hobi yang dia buat...Dia beli motor besar, join kelab motor besar ke sana sini. Memecut ke Genting dan Cameron Highland bersama isteri! Dia beli bot control untuk main di tasik. Dengar cerita beribu juga. Dia juga order permainan dari Jepun untuk dipasang sendiri di rumah. Harganya?Ribu!Semalaman memasangnya tapi tentulah puas hati bila melihat kepakaran sendiri boleh membaca arahan teknikal yang berserabut untuk memasangnya.
Apa lagi yang saya tahu tentang hobinya?
Dia suka ubahsuai kereta! 3 keretanya sering bertukar aksesori. Kalau dia balik ada2 saja yang diperbaiki dan ganti baru.
Dia juga gemar ronda dengan fourwheel untuk meredah hutan. Dia ada group dengan fourwheel. Dia akan berkhemah dihutan untuk merasai adventure
Kalau dia balik bercuti masanya penuh dengan berbagai aktiviti. Tapi saya tabik juga walaupun sibuk dia masih sempat berjumpa keluarga khasnya ibu di kampung.
Dia agak bertuah dapat bekerja di sana. Satu2nya anak Malaysia yang bekerja di kapal Exxon Mobil di lautan Nigeria.Dia bekerja dengan Erha yang berpangkalan di New York. Kapal ini kepunyaan Amerika. Satu masa dulu dia agak jealous dengan Mat2 Saleh di sini yang bergaji lumayan sedangkan dia agak sedikit kerana gaji dibayar dengan dollar Singapura. Masa tu dia berkhidmat dengan syarikat Singapura.Sekarang dia berkhidmat secara terus dengan Erha dan gaji pun dibayar dengan dollar Amerika!
Dengar cerita dia mengikat kontrak mengikut tahun. Menaiki kapal terbang Emirates kelas pertama, bermalam di Lagos, Nigeria di Hotel Sheraton dan ada pengiring untuk ke lapangan helikopter. Dia tinggal sebilik dengan kapten kapal.
Menarik mendengar cerita perjalanannya! Bagaimana dengan pekerjaan di sana?Amin kata pekerjaanya amat mencabar. Dunianya hanya di dalam kapal atau di dua kilometer di bawah air. Sekarang agak sukar untuk menghubungi dunia luar, telefon terhad dan internet sekarang tidak dibenarkan!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Salam sume!!!!
Gud luck my Bro Amin... Moga selamat semuanya!!!
Dirahmati Allah swt di mana jua berada...
Muga dirahmati
Post a Comment