Sunday, December 20, 2009

FABULOUS FOOD MALAYSIA FESTIVAL-Jumaat



Jumaat.Sambutan tahun baru islam.Muga kita jadi lebih baik dari yang sebelumnya.Hari in saya ke tiga majlis....Ketiga-tiganya diadakan berdekatan,2 di PWTC dan satu lagi di The Mall.
Kita Ke PWTC dulu,kita lihat apa yang ada di pameran makanan Malaysia.Sesampainya saya di sini saya rasa betul2 berada di negeri China!

Dengan bau makanan dari restoran cina yang memenuhi separuh ruang pameran memang agak kurang menyelerakan. Namun menurut iklan pameran ni pameran makanan satu Malaysia, saya gagahi juga....



Saya taulah penganjur pameran ni Cina tapi sokongan kuat dari Kementerian Pelancongan, jadi patut2lah sikit! ...Saya teruskan melihat makanan yang dipamerkan. Ini gambar2 hidangan yang jadi pemenang pertandingan.



Saya teruskan ke sebelah ruang pameran pula, di sini dipamerkan produk makanan. Hanya ada empat sahaja produk orang Islam iaitu Mr. Tempe, Sambal Nek Nor, Coklat dan air minuman..
Maaf saya agak kurang setuju dengan produk minuman buatan Malaysia dan Iran ini, cara minuman ini dipersembahkan sebiji macam produk minuman tidak halal, siap tunjuk minuman ini berbuih lagi.


Saya tertarik dengan coklat yang dihasilkan oleh orang kita. Rasanya menyamai dengan coklat antarabangsa! Saya menemui boss syarikat ini,seorang wanita kecil molek. Dari majalah saya dapat tahu beliau telah membelanjakan RM 500,000 bagi menjayakan perniagaan coklatnya. Saya ke gerai Mr. Tempe,satu inovasi baru bila tempe tu diberi wajah seperti nugget!Saya tanyakenapa tempe rasa ayam?.....Memang kami letak perasa ayam !


Inilah bos coklat Dazzle!

No comments: