Bulan bulan terakhir ini,di RTM 1 ada kembali slot "Hari Ini Dalam Sejarah"
Aku satu satunya staff awal yang berkhidmat di unit tersebut berpuluh tahun dahulu.Tamat belajar ,aku menjadi guru sementara seketika,Aku menulis surat kepada Ketua Pengarah Arkib Negara kalau kalau ada kerja kosong di situ.Waktu itu Ketua Pengarah Arkib amat dikenali,namanya kerapkali keluar di media.Aku katakan aku memang gilakan mata pelajaran sejarah!
Waktu menjadi guru sementara,bila Pengetua bertanya mata pelajaran apa yang aku boleh ajar aku tanpa ragu mengatakan sejarah!Waktu Tingkatan 5 akukan Pengerusi Persatuan Sejarah!
Aku tak sangka aku diterima bekerja di Arkib Negara.Bermulalah episod aku berhijrah ke bandar.Selepas membeli tiket aku pasrah memberitahu bapa aku dapat kerja di Kuala Lumpur.Dia diam saja,lagipun aku ada makcik yang tinggal di sana.
Aku beranikan diri ke Puduraya[Aku tekun mendengar cerita sepupuku Puduraya tu begini begini.....]Lepas tu aku ambil teksi ke alamat rumah sewa makcikku.Makcikku tak tahupun aku nak ke tempatnya.Surat yang kuhantar tak sampai!
Rumahnya di Petaling Jaya tu tak jauh dari Arkib.Aku boleh berjalan kaki sahaja..
Bermulalah episod bekerja di Arkib Negara.Selain aku ,turut terpilih ialah Rasyid Pemenang Essei Sejarah.Wah tentu dia hebat dariku..Selain itu ada 4/5 pelajar UM tajaan Arkib .Kami sama sama satu pasukan menjayakan slot Hari ini Dalam Sejarah bersama RTM.
Pekerjaan kami hari hari membaca suratkabar lama,jurnal ,buku dan apa apa yang ada nilai sejarah.Kalau ada tarikh yang penting kami rekodkan.Bayangkan kami duduk di bilik penyelidikan dari 8.30 pagi hingga 4petang.Semua berita kena baca hinggakan berita moyangku jadi Penghulu juga kuterbaca. Seminggu sekali kami bermesyuarat.Adalah beberapa kali diberi peluang menukis skrip.Setahun juga aku di situ.Di bilik ini orang yang selalu aku temui ialah Puan Ramlah dan seorang pesara(kerabat diraja) yang mahu menyelongkar salsilah keturunannya.Aku kerap juga berjalan2 di New Town tu dengan Puan Ramlah.Sekarang Puan Ramlah ialah Dato Prof Dr Ramlah Adam.
Keputusan STPku yang tak berapa eluk(hanya 2Principal) tak membawa aku ke mana...aku berhenti dari Arkib bila ditawarkan menjadi Penolong Editor di Penerbitan Delta.Aku bersama tiga kawan menyewa bilik di rumah seorang pengarang veteran.
Rasyid masih menghubungi aku. Dia memberitahu Arkib akan menghantar calon ke Universiti Holland...Kalau aku ada..dan Rasyid antara terpilih membuat BA di sana.Aku hanya gigit jari....
Aku kemudiannya menerima tawaran untuk masuk ke Institut Teknologi Mara Melaka (UITM) dalam Pentadbiran Awam......jadikah aku belajar di Melaka?....
Masa terus berlalu....
Perjalanan ke Mekah mengambil masa 8 jam. Dalam penerbangan aku sentiasa mendengar 2 orang berbual.Sentiasa berbual. Bualannya sungguh bernas dan penuh fakta.Ingin benar aku nak tahu siapakah dia. Di Madinah baru aku tahu orang itu ialah S seorang pegawai Arkib yang belajar sama dengan Rasyid di Belanda!Darinya aku mendapat tahu Rasyid sudah ada anak 7!
Masa terus berlalu.....
No comments:
Post a Comment