19 hb September,2009
(Sehari sebelum raya)
Kami bertolak dari rumah jam 5 pagi.Kami berangan nak berlepas jam 3!Perjalanan tak banyak masalah, walaupun banyak kenderaan.Kami berhenti di R & R Air Keroh.Jam 8.30 kami dah sampai di kampong.
Di kg emak dan adikku Radziah sekeluarga dah mula sibuk buat persiapan memasak.Ketupat pun dah direbus.
Menjelang tengahhari semua adik-adikku telah sampai,kecuali adik bungsu yang akan sampai dari offshore 4 hari lagi.Adikku Amim menghantar 'wakilnya' (isterinya ) pulang ke kg bersama!
Petang,kami masing-masing bertugas menghantar makanan ke rumah jiran dan saudara terdekat. Seronok dapat berjumpa mereka.
Waktu magrib menjelma,kami 30 orang semuanya berkumpul bersedia untuk berbuka puasa hari yang terakhir bagi tahun 2009.Selepas itu kami bersembahyang berimamkan Fami yang belajar di tingkatan 6 di Kolej Islam Kelang.Suaranya amat merdu didengar.Semasa di PLKN pun Fahmi diberi tanggungjawab sebagai imam.Lelaki-lelaki veteran bersembahyang di masjid.Selepas itu majlis tazkirah diadakan sementara menunggu pengumuman raya.
Malam raya ,anak-anak buah sibuk bermain mercun dan bunga api.Beramai-ramai begini memang menyeronokkan,banyak cerita dapat diluahkan.Masing-masing tidor lewat malam ini.
20 hb September 2009
(Hari Raya)
Hari mengembirakan pun datang.Sayu meninggalkan bulan ramadan,bolehkah kita meneruskan ibadat seperti di bulan itu...?
Awal pagi,para suami dah bersiap nak ke masjid bersembahyang subuh. Selepas bersarapan masing-masing bersiap berpakaian mengikut tema keluarga hijau ,merah dan hitam. Ada upacara bermaaf-maafan kemudiannya.Tahun sebelumnya bapalah yang akan mengendali majlis ini.Dia akan memberi nasihat bla,bla.....tapi tahun ini dia dah tak ada....sedih...tapi kami tak tunjukkan...
Kami mulakan dengan berziarah ke kubur bapa di Masjid Merlong,ke kubur atok dan saudara mara di Masjid Bagan.Dari situ kami ke rumah mak long.
Petang kami berziarah ke rumah makcik , pakcik di kg berhampiran.Keluarga kami besar . kami ada 22 pakcik,makcik dan seratus lima puluh sepupu.
Jiran-jiran dan saudaramara juga datang ke rumah.
Berakhirlah raya pertama...
21 hb September 2009
Hari Raya kedua.Hari ini hari jadi adikku mohd Razi.Bangun pagi aku menyediakan kek bersalut coklat seperti yang biasa aku buat.Majlis hari jadi disambut waktu sarapan pagi!Adikku Jamiluddin membacakan doa bagi kesejahteraan semua.
No comments:
Post a Comment