Thursday, May 28, 2015
Saturday, March 28, 2015
REPUBLIK TAMAN HIJAU
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Selawat dan Salam kepada junjungan Rasulullah SAW.
Maksud ayat 35 surah Al Ma'idah
' Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah dan carilah wasilah ( jalan) untuk mendekatkan diri kepadaNya dan berjihadlah (berjuanglah) di jalanNya, agar kamu beruntung'.
Sebarkan senyum sebarkan salam.
Cinta Allah Cinta Rasulullah SAW
Wednesday, January 28, 2015
REPUBLIK TAMAN HIJAU LAGI
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Selawat dan Salam kepsda Rasulullah SAW.
-
Terjemahan ayat 172 Al Baqarah.
' Wahai orang- orang beriman! Makanlah dari rezeki yang baik yang Kami berikan kepada kamu dan bersyukurlah kepada Allah, jika kamu hanya menyembah kepadaNya.'
-
Terjemahan ayat 201 Al Baqarah,
' Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan lindungi kami dari azab neraka'
-
Sebarkan Senyum Sebarkan Salam.
Cinta Allah Cinta Rasulullah.
Monday, January 26, 2015
REPUBLIK TAMAN HIJAU
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Selawat dan Salam kepada Rasulullah SAW.
-
' Kami dengar dan kami taat. Ampunilah kami ya Tuhan kami dan kepada Mu tempat ( kami) kembali'
' Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami melakukan kesalahan. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kami dengan beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang- orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tidak sanggup kami memikulnya.
Maafkan kami, ampuni kami dan rahmati kami. Engkaulah pelindung kami, maka tolonglah kami menghadapi orang-orang kafir.'
terjemahan ayat 285 dan 286.
Sebarkan senyum sebarkan salam
Cinta Allah Cinta Rasulullah.
Thursday, January 22, 2015
MASJID HASSANAH, BANGI, SELANGOR.
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Selawat dan Salam kepada Rasulullah SAW.
Masjid Hasanah terletak di seksyen 9. Mudah untuk dikunjungi, parkir pun banyak.
Banyak betul aktiviti yang dijalankan antaranya setiap lepas sembahyang zohor ada baca quran satu muka surat bersama imam. Lepas tu mentadabur pulak.
Masjid sedang menambah ruang. Sesiapa yang ingin infaq silalah....
Sebarkan senyum sebarkan salam
Cinta Allah Cinta Rasulullah.
