Saturday, February 25, 2012

ISTERI NABI KITA SAW ( UMMU UL MUKMININ)


4) HAFSAH RA
Hafsah ra ialah anak Umar ra . Dilahirkan di Mekah 5 tahun sebelum datangnya seruan islam.
Mula berkahwin dengan Khunais bin Huzaifah. Mereka berpindah ke Abassina dan kemudian ke Madinah.
Setelah suaminya meninggal (perang) Hafsah ra berkahwin dengan nabi Muhamada SAW dalam usia 18 tahun.
Hafsah ra seorang yang solehah. Kerap berpuasa di siang hari dan malam menghabiskan masa dengan berdiri menghadap Allah.swt.
Pernah satu ketika, nabi Muhamad saw melafazkan untuk menceraikannya( kerana beberapa sebab)
Umar ra sangat terkejut . Jibrail datang kepada nabi Muhamad SAW " Allah SWT menghendaki tuan mengambil Hafsah ra kerana dia kerapkali berpuasa dan menghabiskan masa malamnya dengan solat dan juga kerana Umar"
Nabi Muhamad SAW telah mengambilnya kembali.
Habsah ra meninggal dunia ketika usianya 63 tahun pada bulan Jamadul awal tahun 45 hijrah.

Habsah ra ialah orang yang pertama menyimpan Al Quran dalam bentuk tulisan pada kulit, tulang, pelepah kurma hingga menjadi sebuah kitab yang agung.

5) ZAINAB BINTI KHUSAIMAH. RA
Zainab ra ialah puteri Khusaimah bin Al Harith bin Abdullah bin Amr bin Abdul Manaf bin Hilal bin Sha sah bin Muawiyah.
Sebelum berkahwin dengan nabi Muhamad SAW, Zainab RA berkahwin dengan Abdullah bin Jahsh ra yang terbunuh di medan perang Uhud. Ada lapuran yang mengatakan Zainab berkahwin dengan Tufail bin Al Harith dan apabila diceraikan, Zainab berkahwin dengan Ubaidah bin Al Harith.

Nabi Muhamad SAW berkahwin dengannya pada bulan Ramadan tahun ke tiga hijrah.
Beliau tinggal bersama nabi SAW selama kira-kira 4 bulan kerana beliau meninggal dunia pada bulan Rabiul Akhir tahun ke 4 hijrah.
Zainab RA dikenali sebagai UMMULMASAKIN kerana membelanjakan hartanya dengan mewah untuk orang-orang miskin (sebelum  beliau islam pun)

(BERSAMBUNG)

Sebarkan salam dan semarakkan amal.





1 comment:

che mid said...

Salam Mama Ju

apa khabar.. sihat ya. maaf jarang singgah skrg ni, byk gangguan .. he he