Monday, October 12, 2009

Sambongan-Buku Quran Saintifik

Kenyataan Said Hawa sebenarnya tak bercanggahHal ini disebabkan kejadian langit mempunyai fasa2nya.Ada yang berlaku sebelum kejadian bumi dan ada yang berlaku selepasnya.

Pandangan Imam Alusi Apa yang difahami ialah langit dicipta sebelum bumi.Selepas itu baru berlaku penciptaan tujuh lapisan langit.Kemudian lahir logam,tumbuhan,alam haiwan dan disusuli alam manusia.(Dinukilkan oleh Said Hawa dlm al asas fi al tafsir)

Penciptaan langit berlaku lebih 10 bilion tahun selepas Big Bang.Kejadian bumi 4.5 bilion tahun.Suhu bumi ketika itu tinggi tidak sesuai unuk sebarang hidupan.Selepas proses penyejukan gas dihasilkan spt karban doksida,nitrogen dan air.Gas2 ini menjadi asas kepada kejadian langit atmosfera yang meliputi bumi.Proses kejadian asmofera kira-kira 1 juta tahun selepas kejadian bumi. Atmosfera in mempunyai tujuh lapis.(Dr micheal Pidwirny Universiti British Colombia)

Jestru ayat quran yang menyatakan langit dicipta selepas bumi dapat dikaitkan dengan proses penciptaan atmosfera ini.

Kronologi kejadian alam
Fasa 1
Ledakan dan pengembangan.
Selepas ledakan,proses pengembangan sangat laju,kurang dari satu per sebilion saat dengan suhu 10 kuasa 27 darjah celsius.Dalam masa singkat angkasa dipenuhi elektron dan quarks.

Fasa 2
Penyejukkan dan kelahiran nukleus.
di peringkat ini masa berlalu lebihkurang 3 minit. Suhu turun keparas 10 kuasa darjah celcius.Keadaan ini memungkinkan quarks bercantum sesama sendiri dan bertukar menjadi proton dan neutron.Percantuman ini melahirkan nukleus dan proses kelahiran nukleus menjadi asas kepada kelahiran atom hidrogen dan heluim kemudiannya.Oleh kerana atom belum wujud ,kosmos berada dalam gelap gelita.

Fasa 3
Kelahiran atom.
Fasa ini memakan masa 300,00 tahun.Kelahiran atom adalah titik permulaan adanya cahaya di kosmos.Suhu pada masa itu 10,000 darjah C.

Fasa 4
Asap dan kelahiran galaksi dan bintang.
Fasa ini bermula 300,00 tahun hingga 1 billion tahun selepas Big Bang.Pada peringkat ini tarikan graviti telah menyebabkan gas hidrogen dan helium bercantum sehinggan melahirkan gumpalan asap-asap raksaksa.Daripada asap ini lahirlah galaksi . Gumpalan asap kecil melahirkan bintang.

Fasa 5
Percantuman Galaksi,Kelahiran Big Hole,Supernova dan Matahari.
Masa antara 1 bilion tahun ingga 9 billon tahun selepas Big Bang.Pada peringkat awal galaksi bercantum.Proses prcantuman ini berlakudengan dahsyat sehinggakan menyebabkan kemusnahan sebahagian bintang.Bintang2 yang musnah ini bersama dengan gas yang terhasil terhumban ke dalam suatu pusat.Ia menghasilkan satu lubang yang padat tanpa mempunyai isipadu.Lubang ini mempunyai daya tarikan terlalu kuat .Ia dikenali sebagai black hole.Apa sahaja yang masuk kedalamnya temasuk cahaya tak dapat keluar.Gas2 yang disedut oleh lubang ini berada di tahap tinggi sehingga mengeluarkan cahaya terang benderang yang pada hari ini dikenali sebagai quasars.Selepas ia memasuki black hole cahaya ini lenyap selama-lamanya.

Di peringkat ini kehancuran bintang berlaku dengan pesat.Kehancuran ini melahirkan ledakan dahsyat ,dikenali sebagai Supernova.Ledakan ini melahirkan elemen seperti oksigen,karbon,nitrat, kalsium dan besi ke angkasaraya.Juga eleman berat seperti emas,perak,uranium,plumbum dll.Kesemua ini menjadi asas kepada kelahiran galaksi2 baru.

Di penghujung fasa(l/k 5 billion tahun dahulu) lahirlah MATAHARI DAN SISTEM SOLAR.

Fasa 6
Kejadian bumi dan Atmosfera dan Permulaan kehidupan.
Bermula l/k 9 billion tahun selepasBig Bang iaitu 4.5 billion tahun dahulu.
1 billion tahun selepas itu (3.5 billion tahun dahulu lahirlah hidupan yang pertama di muka bumi.


Bacalah Quran Saintifik yang sangat menarik.Ada banyak lagi tajuk...

No comments: