Sunday, October 11, 2009

MEMORI-Bapaku-2



Bunga yang tertera ini ialah bunga kenanga.
Bunga ini ditanam disebelah pintu masuk utama runahku.
Bunga ini baunya sangat harum,menyusuk hidung.
Bunga ini adalah pemberian bapaku.

Bapaku beriya-iya nak bagi bunga ini kepada kami,
Bapaku tahu suamiku minat tanam-tanam pokok.
Bapaku bersusahpayah mengali pokok bunga ini,
Bapaku mengikat dawai pada bahagian bawah pokok bunga ini.
Bapaku pastikan supaya tanahnya tidak terburai.
Bapaku nampaknya puashati bila pokok kenanga ini dibawa pergi.

Bapaku sempat melihat pokok kenanga ini hidup subur di sini.
Bapaku seronok melihat kenanga ini berbunga dengan lebatnya.

Bunga kenanga itu kini berbunga juga,tapi boleh dibilang dengan jari
Bunga kenanga itu rupanya bunga kenang-kenangan......

1 comment:

razi said...

salam....

touching memories....

moga rohnya dicucuri rahmat....

bersama kita mendoakannya......

razimaju@gmail.com