Sunday, October 11, 2009

MEMORI -Bapa-1






Februari 2009,

Bila balik kg,abah selalu bercerita,dia rasa seronok Istimaq Tabligh
Sedunia akan diadakan di Sepang Julai nanti.Kawan-kawan abah dah mula buat persiapan.Abah kata satu kawasan tanah lapang telah disediakan(dengar cerita tanah tu adalah tapak projek perumahan)

Abah dan kawan-kawannya sentiasa berdoa moga istimaq itu tak ada halangan.Sembahyanglah 5 waktu di masjid,jangan tinggal.

Julai 2009,

Adik,kawan-kawan abah.jiran dan anakku Nabil turut sama ke istimaq tersebut.Bersyukur aku bila melihat di ruangan berita TV Timbalan Perdana Menteri dan Perdana Menteri juga Yang Dipertuan Negeri turut hadir memeriahkan suasana .

Termakbul juga hajat abah....
Kalau abah ada dia tentu minta ditempatkan di bahagian zikir memandangkan abah uzur....
Masa abah masih bertenaga abah kerapkali juga di bahagian memasak.Abah selalu juga tunjuk bakat memasak nasi minyak,buat dadih dll....

Namun abah dah tak ada.....4 bulan sebelum istimaq bermula...

AlFatihah!

1 comment:

razijohari said...

salam....

alhamdullilah dapat bersama2 menyertai Ijtimak ini....

cuma belum dikurnia kekuatan utk bersama2 melapangkan masa 40 hari @ 4 bulan....

moga diberi taufik hidayah...dapat terus kekal beramal dengannya.....

pelaburan yang kekal abadi di dunia dan akhirat....insya allah!!!