Monday, October 12, 2009

BUKU BARU BUKU LAMA-QURAN SAINTIFIK

Terbitan PTS
Quran Saintifik.Meneroka kecemerlangan quran daripada teropong sains.Tulisan dr Danial ZA.

Sains dan islam memang tak dapat dipisahkan.Allah memuliakan orang yang suka mengkaji alam.Lihat ayat Ali imran ayat 190-191'Sesungguhnya dlm penciptaan langit dan bumi dan silih bergantinya mlm dan siang terdapat tanda2 bagi ululalbab(iaitu)orang2 yang mengingati Allah sambil berdiri ataupun duduk ataupun dlm keadaan berbaring dan mereka byk berfikir tentang penciptaan langit dan bumi..

Rangsangan dari ini melahirkan saintis islam.

Berbeza dgn pendapat barat'sebarang kenyataan yang menetapkan bahawa asal usul kejadian ini ada kaitan dgn kuasa ghaib tidak boleh diiktiraf sebagai sains'-Akademi Sains Kebangsaan US 1999.

Buku ini ditulis untuk menunjukkan betapa hebatnya Quran.Jestru dlm mengagungkan quran,beliau memanfaatkan sains.

Pada hari ini golongan saintis yang bertakwa kepada Allah dikategorikan sebagai ulul albab.Mereka pentingkan zikir dan fikir.

Permulaan alam semesta adalah permulaan segalanya.
Surah Anbiyak ayat 30 'Adakah org2 kafir tidak mengetahui langit dan bumi itu keduanya dahulu adalah suatu yang padukemudian kami pisahkan antara keduanya.Dan daripada air kami jadikan segala sesuatu yang hidup'

Kata Imam Said Al Jubair 'Langit dan bumi sebelum ini melekat.Apabila langit ditinggikan zahirlah bumi,maka berlakulah pemisahan ini dan itulah yang dimaksudkan dgn ayat ini.

Teori Big Bang
Teori pegangan umum dan saintis berkaitan permulaan alam semesta.Mengikut NASA alam bermula 12 hingga 14 bilion tahun dahulu.Alam masa itu hanyalah beberapa mm sahaja. Ia mengembang sehingga seperti sekarang.Mengikut teori alam asalnya bercantum padu,kemudian berlaku satu letupan kuat 12 hingga 14 bilion tahun dahulu.Selepas itu berlaku pengembangan dan penyejukkan sehingga lahirlah bintang2,planet,galaksi dll.

Teori diutarakan oleh Albert Einstein 1915 .1922 Alexander Eriedmann (Rusia) mengembangkan lagi teori ini.1929 Edwn Hubble ahli astronomi US menemui bukti kukuh menyokong teori ini .Dengan peralatan canggih beliau dapat mengukur alam sedang mengembangDari alam yang bercantum kepada letupan besar.Letupan itu menyebabkan pengembangan ini.Kewujudan gas helium dan sinaran radiasi secara seimbang di angkasaraya menguatkan lagi teori

Jestru ,kenyataan Quran berhubung permulaan alam memang saintifik!

Penciptaan alam daripada asap?
Surah Fusilat ayat 11 maksud'Kemudian dia menuju ke langit dan langit pada masa itu berbentuk asap lalu dia berfirman kepadanya dan bumi.datanglah kamu berdua dengan tunduk dan terpaksa'Keduanya menjawab,Kami datang dengan tunduk' Langit melambangkan kosmos yang luas.Allah mengarahkan langit dan bumi keluar daripada asap yang memenuhi kosmos diperingkat awal kejadian alam.Ia menunjukkan asap dikosmos menjadi batubata dan kepada kelahiran bintang,galaksi,sistem suria dll
Para saintis mengaitkan asap ini dengan gas2(terutama gas hidrogen dan helium)yang wujud seperti awan tebal di peringkat awal dahulu.

Kajian dari ilmu asrofizik adalah mengenal pasti selepas kejadian BigBang.Ia menunjukkan pemgembangaan berlaku dakam suhu yang tinggi.Selepas itu berlaku penyejukkan dalam 3 minitDari sini memungkinkan kelahiran proton dan nuetron dan melahirkan nukleus.Nukleus campur elektron melahirkan atom hidrogan dan helium.Selepas 300.ooo tahun (selepas Big Bang) gas hidrogen dan helium bercantum kesan tarikan graviti maka lahirlah gumpalan asap raksaksa.Selepas berjuta tahun lahirlah bintang,galaksi,planet .(Dalam The Vindication of the Big Bang-1999)

Alam semesta mengembang
Ayat47 surah az zariyat maksudnya Dan langit kami bangun dengan kekuasaan kami dan sesungguhnya kami benar2 meluaskannya.
Mengikut Teoti Big Bang alam berkembang 10 kuasa 50 dari saiz asal dan selepas itu proses pengembangan menjadi perlahan.
Mengikut NASA 16 Mac 2006,mereka mendapati peringkat awal kejadian kosmos alam ini lebih kecil daripada atom.Kemudian pada satu per setrillion saat ia mengembang sehingga ia menjadi kosmos yang luas.Ini berdasarkan data yang disalurkan oleh satelit NASA yang dilancarkan pada 2001.

Terdahulu dicipta,langit atau bumi?
Ayat 27 surah an naziat maksudnya Kamukah yang sulit penciptaannya ataukah langit?Allah sudah membangunkanya.Dia meninggikan bangunannya lalu menyempurnakannya dan dia menjadikan malamnya gelap gelita serta menjadikan siangnya terang benderang.Dan bumi sesudah itu dihamparkan.'

Ayat 29 surah alBaqarah'Dialah yang menjadikan untuk kamu semua yang ada di bumi kemudian dia berkehendak menuju kearah langit lalu dijadikan tujuh langit dan dia maha mengetahui segala sesuatu.'

Nampak seperti bercanggah ayat ini...

Didalam al asas fi al tafsir Syeikh Syed Hawa menyimpulkan dalam imu moden kita diberitahu bahawagalaksa berumur kurang lebih 10 bilion tahun dan bumi 4.5 bilion tahun Bermaksud langit dicipta dahulu.Sebenarnya bumi dicipta dicipta terlebih dahulu sekiranya dibandingkan denagn penciptaan tujuh lapis langit secara khusus.Namun sekiranya dibandingkan penciptaan bumi dgn penciptaan langit secara amnya,sudah pasti penciptaan bumi berlaku selepas langit.








0

Jes

No comments: