Thursday, September 10, 2009

Akar umbi 3 Datok dan Moyang

Hj Kaliman dan Hj Paidin

Hj Paidin bin Abdullah berasal dari Karang Saru,Semarang,Jawa Tengah,Indonesia.Jbu beliau bernama Sariah bt Dongkol Wongso.Beliau berkahwin dengan Khatimah .Mereka memperolehi 2 cahayamata Kaliman dan Shahid.Kaliman dipercayai lahir pada 1908.

Dari Pulau Jawa mereka merantau ke Tanah Melayu untuk mencari kehidupan yang lebih baik.Hj Paidin membawa keluarganya dan adik2nya Shariman dan Chinpli.Mereka sampai di Pulau Belakang Mati,Singapura.Mereka bekerja di perusahaan timah,membuat jongkong.

Dari Singapura mereka merantau lagi .Mereka sampai ke Parit Dondong,Muar.Disinilah mereka meneruskan kehidupan.Tahun demi tahun ,mereka dikurniakan dengan 5 cahayamata lagi Pardi,Shukur,Meriam ,Taat dan Maimon.

Selepas kematian isteri ,Hj Paidin berkahwin lagi dengan Satem yang berasal dari Parit Nawi,Muar.Satem dikurniakan dengan 5 cahayamata iaitu Raminah,Ramid,Ramijan{1937] Misran dan Linah,

Hj Kaliman berkahwin dengan Satimah Hj A.Abas yang berasal dari Parit Tengah,Muar.Beliau dikurniakan dengan 4 cahayamata Saleh{1925} Salam{1927}Sahlan{1929] dan Saripah{1931}

Hj Kaliman berpindah pula ke Kg Belahan Tampok,RengitnBatu Pahat.Memulakan kehidupan berhampiran rumah Hj Tahir,Beliau mengusahakan kebun,menanam padi.

Disinilah lahirnya anak mereka Johari[1934],dan Saripan[1937}

Hj Kaliman terus berusaha gigih meneruskan kehidupan.Dengan wang yang terkumpul,beliau membeli tanah dari Hj Alias dan tinggal di situ[sekarang kediaman allahyarham Sahlan]Keluarga terus bertambah.Lahirlah Yini[1938],Jumentan[1939],Basri[1940]Mirah[1942]Minah[1944]Massiam[18.4.1947] dan Mubin[1949]

Tahun 1938/1939 Saleh,Sahlan, Salam dan Johari mula bersekolah di sekolah Sri Merlong.Mereka melalui semak dan hutan untuk ke sana.Hj kaliman mengambil peluang menjadi tukang kebun di sekolah ini Beliau di beri gaji 8 ringgit.Cikgu Sahar menghadiahkan beliau sebuah basikal.Beliaulah orang pertama yang mempunyai basikal di kampong ini.

Sementara itu tanah terus diterokaBeliau menanam kelapa,kopi,memproses minyak kelapa dan menanam padi.Beliau juga menjual buah kelapa dan membeli buah kelapa daripada penduduk kampong.

Berbekalkan wang yang disimpan dan duit pinjaman dari tauke cina beliau membeli sebidang tanah di Belahan Tampok Laut juga tanah di Johor Baru.

Beliau berkahwin pula dengan Noriah binti Ahmad.Dikurniakan seorang cahayamata mohd Johar.Perkahwinan itu tidak lama,ia berakhir dengan perceraian.

Pada 1954 beliau menunaikan fardhu haji bersama sama ibubapanya.mereka ke Mekah melalui Tanjung Pagar,Singapura..Pemergian selama 4 bulan dengan tambang 300 ringgit.

Hj. Paidin meninggaldunia selepas mengerjakan haji,manakala isteri Hj Kaliman, Satimah meninggal dunia di Arafah [sakit kejutan panas]

Sekembalinya dari Mekah beliau berkahwin dengan Halimah seorang balu dari Rambah,Pontian.

Beliau kemudiannya berkahwin pula dengan Kamisah bt Jamal.Kamisah dilahirkan pada 1936 berasal dari Parit Besar,Sri Ladang,Rengit.Hj Kaliman diperkenalkan dengan Kamisah oleh Hj Roslan[Bapa Hjh Supiah,isteri Hj Ramijan]

Mereka dikurniakan dengan 8 orang cahayamata .Setiyah[1955]Rubiyah[1957]Fatmah[1958]M.Halim[1963]Zakaria[1966]Siti Murni[1969]AbdullahJaya[1971] dan Norasyikin[1979]

Kehidupan beliau terus gemilang.Beliau membeli kereta secara tunai.Kadangkadang bergaya dengan kot,bersongkok hitam dan bertongkat!

Tahun 1981 beliau jatuh sakit dan meninggal dunia setahun kemudiannya.Beberapa tahun kemudian Kamisah pula meninggal dunia,

Semuga Allah mencucuri rahmat ke atasnya,

No comments: